iklan1

Thursday, 14 February 2013

CIDB Green Card

Salam

Bertemu lagi... Kali ini berkenaan dengan CIDB Green Card. Memandangkan banyak syarikat swasta seperti MMHE mewajibkan semua pekerja dan pelajar praktikal memiliki kad ini, maka kursus CIDB dibuka juga untuk semesta ini.

Untuk mendapatkan kad ini, individu mesti:
1. menghadiri satu hari kursus keselamatan
2. mengisi borang permohonan Green Card (boleh dapatkan borang di attachment)
3.Sertakan salinan kad pelajar dan kad pengenalan
4. Membuat bayaran RM 50 sebagai yuran keahlian untuk tempoh 2 tahun



Contoh kad CIDB Pelajar











Tiada paksaan, mana2 individu yang berminat sila bagi serahkan semua dokumen di atas kepada Puan Nor Hayati Bt Sumala dan di buka sehingga 15.3.2013

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai CIDB Green Card.

 
APAKAH TUJUAN ATAU OBJEKTIF KURSUS “CIDB GREEN CARD”?

  • Meningkatkan Kesedaran Terhadap Keselamatan & Kesihatan di tempat kerja di kalangan pesonel binaan terhadap BAHAYA-BAHAYA di tapak melalui Kursus Induksi Keselamatan & Kesihatan.
  • Mengurangkan kemungkinan HAZAD (HAZARD) atau punca yang berpotensi menyebabkan Kecederaan, Kerosakan Harta Benda, Kerosakan Alam Sekitar, Penyakit Pekerjaan atau gabungan semua yang di atas.
  • Mengurangkan kemungkinan kecederaan atau kerosakan ke atas personel binaan, orang awam ataupun harta benda dengan memastikan undang -undang & peraturan sedia ada dikuatkuasakan di tapak-tapak bina. Dengan pengurangan kadar insiden kemalangan, sektor pembinaan akan lebih “cost effective”
  • Mewujudkan Budaya Keprihatinan Terhadap Aspek Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan dengan mengadakan Skim Perlindungan Takaful.Mewujudakan Budaya keprihatinan kepada aspek-aspek keselamatan dan kesihatan di tapalk binaan serta kebajikan kepada personel binaan melalui Skim Perlindungan Takaful.

No comments:

Post a Comment